...

AKU TETAP AKU

~~KISAH KU~~

Friday, March 26, 2010

Buta mata hati gersang..

Orang yang sesat ialah golongan Nasrani (Kristian). Mereka hakikatnya diperkuda oleh Yahudi untuk menyesatkan umat Islam. Dalang di sebalik tipu-daya Kristian terhadap umat Islam ialah Yahudi. Kedua-dua golongan ini telah dirangkaikan oleh Allah dalam permusuhannya terhadap Islam.


Firman Allah: “Sekali-kali orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda terhadap kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.” (Surah al-Baqarah 2: 120). “Millah” dalam ayat itu merujuk jalan (cara) hidup.


Ramai yang beranggapan bahawa Kristian berjaya menyesatkan kita sekiranya mereka berjaya menukar akidah umat Islam… tetapi itu tidak tepat. Sebenarnya, Kristian telah dikira berjaya dalam misinya apabila mereka berjaya menukar cara hidup umat Islam. Cukuplah dengan meninggalkan cara (jalan) hidup Islam kita telah tergolong dalam golongan mereka.


Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam kaum itu.” (Riwayat Abu Daud)


Malah dalam hadisnya yang panjang Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Kamu akan mengikut mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikutnya.” Ketika itu para sahabat bertanya, “Apakah golongan yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab, “Siapa lagi?” (Riwayat al-Bukhari)


Setelah sedikit sebanyak menelusuri ketiga-tiga jalan bersumberkan roh al-Fatihah ini, terjawablah persoalan mengapa nasib umat Islam begitu malang kini. Majoritinya masih kabur tentang jalan hidup sebenar dan masih samar tentang siapakah teladan di jalan yang benar itu. Hasilnya, kita telah menempah kecelakaan demi kecelakaan di jalan yang dimurkai dan jalan yang sesat. Ini bukan jalan kita. Kita tersalah menilai siapa lawan, siapa kawan, siapa teladan dan siapa sempadan.

Jalan yang lurus sudah tidak lurus lagi pada pandangan kita. Mengapa? Ini semua gara-gara butanya mata yang ada di dalam dada, yakni mata hati. Firman Allah: “…kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Haj: 46).

No comments:

Post a Comment